Friday, 6 April 2012

06/04/2012

Assalamualaikum :)

wahhh lame giler aku x menaip kat sini kan.. membebel, mengarut.. sume la kan hehe
ok2... now, aku dah sebulan lebih masuk belajar as a student . I'm in part 4 already ;)

hari ni, penat jugak la sebab pergi klinik dr Azian.. untuk group projek kami. aku dengan kawan2 aku yang lain.. luas jugak Klang ni kan.. betol la, orang cakap.. jalan  jauh, luas pengalaman . Bagi aku, aku suka berjalan2 ni sebab boleh tengok jalan.. haha.. tu salah satu,, tapi sebaliknya aku nak meluaskan pengetahuan dan pengalaman aku ni. Almaklum lah, bab2 berjalan ni aku suka . hehe

FYI, bagi yang xtahu tu fyi ni ade lah (for your information) ye.. hehe

tadi aku cakap pergi klinik kan? name klinik ni ialah Klinik Dr Azian.. memang nampak biasa kan? tapi bagi aku,, klinik ni adalah klinik yang pertama aku lihat.. sebab??

haa.. korang pernah pergi klinik kan?? so how it condition?? ramai orang? of course la kan?

yang aku nak cter ni.. dia punya klinik ni macam .. how sweet taw,, First time, aku tahu ada klinik yang ada surau, tandas biase la kan.. wahhh ,, i'm really impress ! lagi satu,, xramai kan Dr terapkan dakwah dalam setiap rawatan mereka kan? tapi di klinik Dr Azian ni.. beliau menerapkan elemen2 dakwah taw.. How sweet beliau kan.. beliau cakap, bila masa lagi kita nak berdakwah dekat orang ramai, time merawat pesakit lah paling afdal kan? hmm.. but, ade mase la.. tapi beliau memang menerapkan nilai2 tersebut.. dan lagi satu Dr Azian ni, penyumbang besar jugak dalam persatuan2 yang berkaitan dakwah.. wahhh.. best kan? aku sangat kagum dengan beliau.. selain merawat pesakit , beliau tidak lupa akan harta akhirat.. semoga beliau serta family diberkati Allah, amin.

so, aku nak korang yang bace entry aku ni.,sedar bahawa tujuan hidup kita ni bukan sekadar mencari duit semata2 untuk hidup senang di masa akan datang, tetapi mencari keabadian dan Harta untuk dibawa ke sana nanti :)

aku pun tengah melatih diri aku untuk menjadi bidadari di dunia dan akhirat ,walaupun agak sukar untuk kita melakukan kebaikan setiap masa tetapi aku akan tetap berusaha menjadi yang terbaik menjadi makhluk Allah di muka bumi ini.



meh aku kongsi ilmu yang aku dapat masa pergi konvesyen Bidadari Dunia .


Banyak sangat yang aku belajar kat sane, selain berjumpa dengan mereka yang berjaya dalam kerjaya mereka tidak kisah la pendakwah mahupun artis , but the point is macam mana kita nak bentuk diri kita menjadi seorang bidadari dunia,, bukan sahaja di dunia malah di akhirat sana . semua orang nak kan?
and bagi yang lelaki., pasti anda mengimpikan seorang isteri yang soleha? am i rite?

salah satunya, kita sebagai wanita harus tahu tanggungjawab kita di muka bumi ini, matlamat sebenar wanita adalah untuk mendidik anak - anak berjaya di dunia dan akhirat.. nampak simple kan? tapi MasyaAllah.. tanggungjawab besar tu kan? so, kita kena lah prepare siap2 mental dan fizikal kita.. Konsep hidup kita hendaklah jelas juga, once kita dah ada konsep hidup, once kita dah tahu.. dari situ akan membentuknya semangat jati diri kita untuk ke arah kejayaan di dunia dan akhirat .



sama jugalah dalam belajar ya.. kita xusah harus berputus asa, kerana Allah sentiasa di sisi kita..
ha, korang baca Al-quran kan? yang xpernah baca tu.. belajar ye,, masih belun terlambat lagi sayang :)

kalau baca Al-quran , korang bace je atau bace tafsir sekali?? kalau yang baca tafsir tu alhamdulillah ..sebenarnya apabila kita baca dan kita baca maknanya sekali lagi membuatkan kita dekat dengan Allah :)

bagi yang faham bahasa arab, itu sangat2 beruntung tau.. once korang baca Qoran dan dari situ korang dah tahu maksudkan? hmm.. sangat indah bukan?

the points here , bila kita baca qoran dan kita faham kita  tidak akan sesekali tersasar. InsyaAllah..

ha, mesti ada diantara korang berkata. "ala, bukannye paham pun, ayt dye sangat mendalam susah untuk korang paham kan? hmm .. macam ni.. aku ade terbaca satu ayat tu,, maaf aku tak ingat, tapi yang pasti bila korang baca qoran , n bace tafsir sekali.. lama2 korang akan paham dengan sendirinya. siyes.. mula2, xpaham kan? ok fine... tapi korang jangan mudah berputus asa,, teruskan membaca tafsir sekali.alangkah ruginye kalau kita baca je qoran tu , tapi kita tak tahu maksud dye kan?? so.. tanamkan dalam diri korang.. lepas ni,, aku nak bace quran.. and bace maknanya sekali. . InsyaAllah.. Allah pasti akan memberi kamu hidayah..dan seterusnya akan dapat kamu memahami isi2 qoran itu sendiri.. How sweet kan? :)


ok la,, banyak lagi aku nak kongsi, tapi cukup dulu setakat ni, kalau kata2ku ini ada salahnya, maafkan lah aku.. aku manusia biasa yang sering melakukan kesilapan :)


dan satu perkara yang sangat PENTING untuk kita sebagai muslim dan muslimat ialah.. sebelum tidur MAAF kan lah SEMUA orang.. ye aku tahu, susah tetapi.. MAAFkanlah..

jiwa kita akan tenang, hati kita senang, perasaan pun akan senang juga .
 sekian wassalam



p/s: Ujian dari Allah pasti ada, so bersedialah.. tandanya Allah sayang  kamu :)