Wednesday, 9 May 2012

10/05/2012

Assalamualaikum :)


fuhh ! now korang tahu pukul brape?? jeng jeng jeng hahaha ! nak buaat gempak konon =.='
rajin gak aku ni menaip lagi kan? weee :P

okay3.. meh2 dengar2... opps ! bukan dengarla.. bace jer . kih3
tujuan sebenar benarnya aku menaip ini adalah disebabkan .. Barang2 penting yang aku hilangkan seminggu yang lepas..

cuba teka??  haa,, xdapat la tuu :P


ini laa.. bendanya ialah kad pelajar aku dengan kunci dalam beg kecik comel aku tu...
*sorry xde gamba aku nak tunjuk ! weuweuweu

diorang  ni hilang masa open Bizzweek hari tu. ( Program fakulti aku)
masa tu, aku macam biasalah kan.. bawa ke hulu ke hilir beg kecik aku tu.. nak terkenanya,, masa dah abis open bizzweek tu la.. okay ! aku ngaku aku lalai.. n bla bla.. ( aku da kene bebel kat ayah 2 kali da) -.-'


okay, nak abis tuh kan.. aku terus bangun dari tempat duduk aku n terus panggil kawan aku yang sorang ni, kononya nak tengok aksi stunt men la.. kat luar Dk U aku tu..

ape lagi, aku terus diri and panggil kawan aku tu.. ha siap pimpin tangan lagi tu. =.='

beg kecik aku tuh plak, duduk la menangis sorang2 kannn .. hehehe



masa tu hujan tau.. dalam pukul 5 majlis tu abis kot.. aku xsure.. lepas abis tu aku pun keluarlah dengan riang rianya... nak dipendekkan cerita.. balik2 rumah, aku dah terperasan aku macam hilang something !

oh demm !

beg kecik aku.. okay fine lagi mase tuh.. tiba2 aku SEDAR DIRI yang kad pelajar aku ade jugak dalam tu.. paling best ! kunci rumah aku tu.. huwaaaaa ! punyalah aku kelam kabut ! siyes! aku takut ! xpe3..cool2.. aku balik bilik dulu, nasib baik roomate kesayangan aku tu ade (cewahh) Fia namenye.

aku dah xboleh tahan da,, aku terus mintak moto housemate aku tu, aku nak pergi balik DK tu, mase tu dah pukul 6 lebih tau.. tapi still hujan. aku redah jugak hujan2 tu naik motor.. aku jadi xkeruan, dalam hati aku berdoa moga2 beg kecik aku tu still ade.


before that, nasib baik aku xjatuh sebab jalan licin. fuhhh alhamdulillah.. dalam hati , malu jugak, kete kat belakang ade,,woo.. !



then, aku sampai kat Dk.. mase tuh membe2 aku ade jugak. budak2 kos aku.

time tu, dengan menggigilnya aku mencari masuk dalam dk tu. cari punya cari.. xla jumpa.. wehhhh siyes aku sedih !

aku dah xtahu nak buat ape da..
aku keluar DK then tanye membe2 aku tu, lepas aku explain bla2.. diorang tahulah aku punya barang hilang..

ok fine, time tu aku cool lagi.. tapi bila second check.. aku dah xboleh tahan.. aku nangis kat depan kawan aku tu.. siyess aku memang xnak orang tahu aku nangis.. tapi aku xboleh tahan,,

the point here, aku dapat rasakan pelukan dari kawan or person sangat2 memberi semangat . terus terang aku cakap.. betapa kuatnya kuasa manusia memegang manusia tuh kan.. eh cop3.. aku cakap bukan peluk dengan lelaki tau! perempuannn yeee... hehehe



then, nanti kalau korang berdepan dengan orang2 yang sedih or bermasalah macam aku ni.. peluklah diorang..sesungguhnya pelukan itu sangat -sangat memberi impak positif. ye, aku dapat rasakan beb !


sekurang2nya aku ada sedikit semangat untuk berdiri dan sabar.

selama seminggu aku dok mencari, turun naik pejabat.. pergi pejabat tu la , inila.. cari beg aku tu.. tapi xjumpa2 juga ..tapi aku bernasib baik sebab handphone baru yang ayah belikan time cuti seminggu dulu ada di tangan aku.. alhamdulillah.. kalau x, dengan hp sekali aku hilang.. aku xdapat bayangkan bagaimana perasaan aku time tu, dah la hp baru beli, duit hasil keringat peluh ayah aku lagi,, pheuuu


tapi, aku still berdoa dan terus berdoa, walaupun peluang nak jumpa amat nipis.. tapi aku sangat berharap..

ye laa..kalau hilang, aku kena buat kad baru kat shah alam.. fuhh,, sape nak teman aku weh!


hari demi hari, aku REDHA.. yes, aku redha.. dalam masa yang sama aku stiill berharapa dan berdoa..

then pada 10 hb 5 , tengah2 malam, kawan aku call.. dye cakap ade berita xbaik .. so, aku pun kaget la ape dye kan.. rupa2nya beg kecik aku tu dah dijumpai.. punya la aku happy dan bersyukur sangat2 .!! ALHAMDULILLAH...

Tapi, sekarang kad pelajar aku xde lagi, esok baru nak ambil, budak event yang jumpa beg tu the dye bagi kat kawn dye yang kos same ngan aku.. junior aku tu. senang cite hehe

apa apa pun aku nak ucapkan TERIMA KASIH BANYAK kepada yang jumpa beg aku tu.. cop2.. aku malu la jugak, dalam beg tu ade bedak kecik ! heheheeh


tapi.. siyes  ! aku terima kasih banyak2 kat budak yang jumpa tu.. hari2 aku berdoa agar Allah berikan hati yang baik kepada si pejumpa beg kecik aku tu..dan orang yang pegang beg aku tu :)



and terima kasih jugak dekat kawan2 aku yang alert ! THANK YOU so much guys !! aku baru rasa semangat KAWAN tu :)

thank you sebab baik dengan aku.. aku rasa rendah diri sangat.. bila orang take care pasal aku.. aku terharuu... ade juga orang yang still amek tahu pasal aku.. dan ramai lagi kawan2 aku yang tahu pasal kehilangan bearang ni, tanya dah jumpa ke belum .. sangat terharuuu :)


semoga Allah merahmati kawan2 aku ni.. siyess, aku sayang seorang yang bergelar KAWAN kepada aku...


aku xmampu beri harta, namun doa di setiap akhir solat aku mendah tangan supaya Allah merahmati kawan2 ku ini.. xkira kawan dekat or kawan jauh.... semuanya aku anggap kawan !

pengajaran yang aku dapat :

+ jangan lalai!
+sentiasa berdoa
+yakin ALLAH itu tahu semua yang berlaku dekat kita
+ujian yang aku dapat adalah kerana Allah sayang sama aku :)



alhamdulilah3.... ok la, sampai sini saja coretan aku.. sebenarnye aku otw buat group project ni hehee

haa last! aku da beli selipar tandas baru hihihi .. time aku hilang kad n kunci tu la selipar tandas aku putus =.='



okay2.. dah2 xnak mengarut lagi hehehe..
ehhh! cop3.. aku nak ucapkan mekasihh sesiapa yang jadi followers blog xseberapa aku ni.. tq so much ! aku terharuuu :)

sekian saja dari OhMJ !  wassalam



p/s: Ya Allah, aku suka dia Ya Allah..







Thursday, 3 May 2012

4/05/2012

Assalamualaikum , and hai :)

Aku suka senyum.. sangat2 suka. Kenapa aku senyum??
Tentulah aku nak awet muda! cecece.. haha :P
xde la, sebenarnya aku memang suka senyumm.. bukankah senyum itu satu sedekah?? he he he..so, xsemestinya kita kena bersedekah dengan cara duit kan? aku ni dikira sebagai belum kaya lagi lah kan, so nak tambah pahala, aku pun senyum dengan semua orang ! he he he

** oihhh ! gila merapu intro aku ! -.-'


padehal, aku xde la isi sangat dalam blog ni hee ;)

*** ape motif aku menaip pepagi buta nih??

sebenarnya.. aku xde keje ! jeng3... (xde keje la sangat kann) padehal menimbun2 je , dasar pemalas ! haihhh bila la nak berubah aku ni..ish3

ok2, stop2 ! hari tu, 29 april 2012.. jeng3.. korang rasa2 apa aku nak cerita??

-aku bertunang??
-aku dah kahwin??

haha.. dusta itu semua yee.. hehe.. ari tu aku telah pergi ke ** perhh ayat aku ni macam karangan sekolah kih3

OK! siyess ! Pada hari tersebut aku dan geng2 telah pergi ke KONVENSYEN JUTAWAN MUSLIM..

wooO ,, hebat x?? hehehe.. konvensyen ni dianjurkan oleh pihak iluvislam..

**so ape kena mengena ngan aku??

aihh,. biasa la der, aku kan ahli kelab usahawan so.. wajib lah hadir ke konvensyen ni.. apa apa pun aku bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk menghadiri ke konvensyen yang sangat memberi advantages terutamanya kepada bakal usahawan., usahawan dan bakal JUTAWAN MUSLIM ;)

Banyak input dan pengalaman2 dari orang2 yang telah berjaya dalam bidang perniagaan ini yang aku dapat.. eh jap ! aku lupa lah.. he he he .. aku dapat simpulkan dekat sini.. bahawasanya, kita sendiri yang mampu mengubah kehidupan kita sama ada mahu berjaya dan terus cemerlang ataupun sebaliknya.. nak berjaya bukannya mudah ya tuan tuan dan puan puan. (cewaahh). Kita seharusnya ada sikap inisatif terhadap diri sendiri untuk berjaya dalam kehidupan.. jangan sesekali berputus asa. Speaker2 hebat yang dijemput dalam konvensyen ini pun bermula dari keperitan , kesusahan dan kepayahan, tetapi dengan niat yang ikhlas, dan penuh iltizam mereka tidak berputus asa. Gagal sekali, bukan gagal selamanya bukan?


Impian aku, adalah aku mahu menjadi usahawan satu hari nanti.. minat aku ini, telah aku tanam sejak di sekolah menengah since form 3.. mana tahu, ak boleh bukak restoran di negara orang? menjadi entrepreneur  pulak kan? huuuu... ape ni ape ni, ini sudah menjauhi kos aku ni hehhee.. tapi pada aku, degree hanyalah sekeping sijil, dan pengalaman2 aku semasa belajar ini akan aku semat dalam diri untuk aku melatih diri menjadi orang yang berguna satu hari nanti. Impian aku banyak, pertamanya aku mahu menaik taraf kehidupan keluarga aku.. walaupun setakat ini, alhamdulillah dengan adanya ayah yang sangat rajin, yes sangat rajin dan sangat memberi motivasi kepada aku, namun aku mahu menunjukkan pada ayah bahawa anaknya ini akan berjaya satu hari nanti. Aku juga mahu berguna pada keluarga, masyarakat terutamanya umat islam dan negara aku sendiri.

untuk aku menjadi seorang yang berguna, di sini aku telah mula melibatkan diri dalam aktiviti yang di anjurkan oleh pihak kolej . tapi, pelajaran harus aku utamakan kerana itu adalah keutamaan aku di sini.

so... aihh banyak gak aku membebel ni.. aku harap korang as kawan aku, terus support aku.. x kira la anda kenal atau tidak aku.. aku hanyalah manusia biasa yang sering melakukan khilaf, namun disebalik itu aku berniat untuk menjadi seorang muslimah yang soleha dan berguna pada satu hari nanti . aminnn :)





*** korang nak tahu cerita aku? kad matrik aku hilang, kunci bilik pun hilang.. and pada hari yang sama selipar aku putus. sedih sangat. . tapi aku nak buat macam mana,aku dah pergi tempat2 yang sepatutnya tanya barang2 aku ni,namun hampa ..soo aku berdoa agar kepada sesiapa yang jumpa barang berharga aku ini, kembalikan la kepada aku. Ya Allah engkau permudahkanlah ...



ok la.. sampai disini saja, nanti aku nangis2 pulak kat sini .. hee
sekian jaga diri , jaga iman tau , sayang korang . :)MJ



p/s: Semua ada hikmah, aku kena reda dan senyummmm :)