Thursday, 3 May 2012

4/05/2012

Assalamualaikum , and hai :)

Aku suka senyum.. sangat2 suka. Kenapa aku senyum??
Tentulah aku nak awet muda! cecece.. haha :P
xde la, sebenarnya aku memang suka senyumm.. bukankah senyum itu satu sedekah?? he he he..so, xsemestinya kita kena bersedekah dengan cara duit kan? aku ni dikira sebagai belum kaya lagi lah kan, so nak tambah pahala, aku pun senyum dengan semua orang ! he he he

** oihhh ! gila merapu intro aku ! -.-'


padehal, aku xde la isi sangat dalam blog ni hee ;)

*** ape motif aku menaip pepagi buta nih??

sebenarnya.. aku xde keje ! jeng3... (xde keje la sangat kann) padehal menimbun2 je , dasar pemalas ! haihhh bila la nak berubah aku ni..ish3

ok2, stop2 ! hari tu, 29 april 2012.. jeng3.. korang rasa2 apa aku nak cerita??

-aku bertunang??
-aku dah kahwin??

haha.. dusta itu semua yee.. hehe.. ari tu aku telah pergi ke ** perhh ayat aku ni macam karangan sekolah kih3

OK! siyess ! Pada hari tersebut aku dan geng2 telah pergi ke KONVENSYEN JUTAWAN MUSLIM..

wooO ,, hebat x?? hehehe.. konvensyen ni dianjurkan oleh pihak iluvislam..

**so ape kena mengena ngan aku??

aihh,. biasa la der, aku kan ahli kelab usahawan so.. wajib lah hadir ke konvensyen ni.. apa apa pun aku bersyukur sangat kerana diberi peluang untuk menghadiri ke konvensyen yang sangat memberi advantages terutamanya kepada bakal usahawan., usahawan dan bakal JUTAWAN MUSLIM ;)

Banyak input dan pengalaman2 dari orang2 yang telah berjaya dalam bidang perniagaan ini yang aku dapat.. eh jap ! aku lupa lah.. he he he .. aku dapat simpulkan dekat sini.. bahawasanya, kita sendiri yang mampu mengubah kehidupan kita sama ada mahu berjaya dan terus cemerlang ataupun sebaliknya.. nak berjaya bukannya mudah ya tuan tuan dan puan puan. (cewaahh). Kita seharusnya ada sikap inisatif terhadap diri sendiri untuk berjaya dalam kehidupan.. jangan sesekali berputus asa. Speaker2 hebat yang dijemput dalam konvensyen ini pun bermula dari keperitan , kesusahan dan kepayahan, tetapi dengan niat yang ikhlas, dan penuh iltizam mereka tidak berputus asa. Gagal sekali, bukan gagal selamanya bukan?


Impian aku, adalah aku mahu menjadi usahawan satu hari nanti.. minat aku ini, telah aku tanam sejak di sekolah menengah since form 3.. mana tahu, ak boleh bukak restoran di negara orang? menjadi entrepreneur  pulak kan? huuuu... ape ni ape ni, ini sudah menjauhi kos aku ni hehhee.. tapi pada aku, degree hanyalah sekeping sijil, dan pengalaman2 aku semasa belajar ini akan aku semat dalam diri untuk aku melatih diri menjadi orang yang berguna satu hari nanti. Impian aku banyak, pertamanya aku mahu menaik taraf kehidupan keluarga aku.. walaupun setakat ini, alhamdulillah dengan adanya ayah yang sangat rajin, yes sangat rajin dan sangat memberi motivasi kepada aku, namun aku mahu menunjukkan pada ayah bahawa anaknya ini akan berjaya satu hari nanti. Aku juga mahu berguna pada keluarga, masyarakat terutamanya umat islam dan negara aku sendiri.

untuk aku menjadi seorang yang berguna, di sini aku telah mula melibatkan diri dalam aktiviti yang di anjurkan oleh pihak kolej . tapi, pelajaran harus aku utamakan kerana itu adalah keutamaan aku di sini.

so... aihh banyak gak aku membebel ni.. aku harap korang as kawan aku, terus support aku.. x kira la anda kenal atau tidak aku.. aku hanyalah manusia biasa yang sering melakukan khilaf, namun disebalik itu aku berniat untuk menjadi seorang muslimah yang soleha dan berguna pada satu hari nanti . aminnn :)





*** korang nak tahu cerita aku? kad matrik aku hilang, kunci bilik pun hilang.. and pada hari yang sama selipar aku putus. sedih sangat. . tapi aku nak buat macam mana,aku dah pergi tempat2 yang sepatutnya tanya barang2 aku ni,namun hampa ..soo aku berdoa agar kepada sesiapa yang jumpa barang berharga aku ini, kembalikan la kepada aku. Ya Allah engkau permudahkanlah ...



ok la.. sampai disini saja, nanti aku nangis2 pulak kat sini .. hee
sekian jaga diri , jaga iman tau , sayang korang . :)MJ



p/s: Semua ada hikmah, aku kena reda dan senyummmm :)



No comments:

Post a Comment