Sunday, 16 June 2013

KAWAN

Assalamualaikum and hyee :)

okay, sejujurnya saya tak tidur lagi hehe.. buat report la kununye..
al kisahnya.. taknak tidur nak bangun pagi la katakan.tapi taktau laa.. kejap lagi pengsan :P hewhew



haaa.. tetibe je entri kali ni pasal kawan kan?
Sejujurnyaa... ku takkk bisaa~~ eh nyanyi pulakkk  *sedih serba serbi semua ada.


Saya ada ramaii sangat kawan.. yes ! ramaii sangat... kalau ikutkan,semua yang baru saya kenal pun sekali harung menjadi kawan saya.

Btw, walaupun ramai kawan . 3 orang kawan saya ni dari awal sem sampai sekarang still jadi kawan saya. Thanks korang sudi menjadi kawanku.

haaa nak tau tak siapa diorang?? jeng jeng jeng...

mereka adalahhhhhh....

Fairuz
Wani
dan... Jaja heee :D

Diorang ni laa kawan2 saya time belajar kat U.. sama group dan sama kelas..

*sorryyy untuk kawan2 rapat saya yang lain.. mereka 3 orang ni special case kikikiki


pssst,korang nak tauu takk.. aku sebenarnye tak minat sangat pun tengok wayang, tapiiiiiiiiiii aku nak hubungan kita kekal sampai bila2.. so why not kalau tengok wayang tu mengeratkan kita kan kan?? terpulang pada niat seseorang tu kalau nak tgok wayang.. bagi aku, masa dengan korang sangat bermakna bagi aku.. huhuhu... aku dah rasa dah.. nak nak lagi bila dekat nak habis praktikal.. mesti semua dah duduk jauh.. so tak boleh keluar sama-sama.. tengok wayang sama-sama, tangkap gambar sama-sama.. makan kat pendeta tiap2 jumaat sama-sama.. tidur dekat surau sama-sama tiap2 minggu.. huuu....

Jujur aku cakap, aku akan rindu semua tu.. aku pun akan ingat jasa dan budi korang.. even aku ni tak pandai  and sebijak korang.. tapi korang tetapp sabar.. thankss :) appreciate sangat..

aku nak sangat jadi seorang kawan yang baik, aku tak kisah korban masa ke duit ke, asalkan dapat buat korang happy, korang selesa.. :) sebab jasa korang tak ternilai dengan masa dan wang ringgit pun..

aku bersyukur sangat.  Alhamdulillahh. Allah bagi aku jumpa dengan kawan macam korang kan .

masing2 ada ragam sendiri . . kalau Si Cik Wani pulak,, die tak habis2 kalau jumpa je dengan aku mesti tanya kurus tak aku?? >< huu sampai aku rase macam nak rekod je suara aku.. nak cakap.. ye waniiii ~_~ hahahha. then, kalau bab bergambar dia ni no 1 ! ok la. tapi yang k.o nyee kamera aku jugakk.. grrrrrrrr, sakit pulak hati kite .. kui3..


yang si jaja.. haa baik je orangnye.. tak banyak hal... eh taktau nak ngate ape..hahahhaa
tapi jaja ni baik je org die, sabar je dengan kerenah kitorang hihi.. luv u jaja :D


haaa si Fairus pulak.. orang pangil die, si Peruz Pipi Puyuh,, hmm tak tau laa celah mane dapat name tu.. aku panggil die Ucena.. kadang2 aku panggil Bai je .. lau pekak .. aku panggil die Fairuz hahahaha :P
haa die ni pulakk.. kalau mandi..peh, boleh terbersalin mak mak yang nak bersalin,siap boleh tidurkan baby lagi hahahha :P . sebenarnye nak cakap lamaaaa .. tu je motippp ehh :P
tapi... dekan every sem tau.. haa jangan tak cayeeeeeee.. :P same la ngan si Wani pun.. dekan every sem. jaja pun pandai jugak.. aku errr... sipi2  kekekekeke >.<


hmm gadoh? pernah gadoh? pernah terasa hati? pernah makan hati? pernah .. ehh bape banyak pernah laa kan...

itu normal la.. adat berkawan... maybe diorang pun penah je.. kikikki.. btw, mende2 ni laa yang buat kitorang rapat.. dulu pernah je gado ngan wani. tapi takla sampai tarik2 rambut... hahaha.. bila difikirkan balik kelakar pun ada.. masing2 makan hati kan.. last2, tak ada apa pun.. hidup diteruskan hahah.. si Fairuz pulak.. mesti bagi kata2 ajaibnye.. SEMUA YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA~ hehehe


Si Fai pun pernah terasa hati.. tapi aku cepat terasa, then cepat2 mintak maaf.. so da okayy heee... minta maaf cepat2.. so hati tenang.. Alhamdulillah.. relation kitorang sampai sekarang.. hu ha hu ha,, pung pang pung pang.. bila jumpa hehehhe..


Jaja pulak neutral dalam semua benda.. hehehe :P


okay laa.. banyak je cerita.. tapi cukup la.. hee nanti habis sume rahsia :P

last but not least... aku sayangg kawan2 aku... ;( In Syaa Allah, sayang sampai akhir hayat .



tak lupa jugak kawan2 yang lain.. aku sayanggg koranggg.. anak mami, neney geng usrah, housemate, roomate, semuaa laa.. izzah n lain2... aku harap persahabatan kita ni kekal dan keikhlasan sangat penting dalam setiap perhubungan.. In Syaa Allah aku IKHLAS :)

okay dahh.. sampai di sini saja .. next time jumpa lagii




p/s: Duhai awak, i will wait for youu :)
with wani


Sunday, 5 May 2013

06/05/2013

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt :)

Apa khabar semua? harap semuanya diberkati Allah selalu.

*tengah dengar lagu Shoutul Harokah

Serius, saya rindu sahabat2 saya.. terutamanya usrahmate saya yang dulu..Moga Allah memberkati kamu selalu.. Doaku untuk kamu semua agar berjaya dunia dan akhirat. In Syaa Allah. 
hmm. semua tahu kan? apa yang HOT skarang? haa.. PRU.. ohmyyy.

Walaupun saya tak berapa arif tentang politik *memang tak ada ilmu pun
Walaupun saya bukan orang yang penting *memang tak penting pun
Tapi.. saya ada perasaan, saya ada pandangan saya juga..

Duhai Umat Islam.. saya lihat kebelakangan ini, kebanyakkan daripada kamu sering berbalah antara satu sama lain .... Masing-masing semua mahu menjatuhkan sesama sendiri...

Duhai Umat akhir zaman.. tidakkah kamu sedar..kita ini satu Ummah? Kita ini Hamba ? Kita ini KHALIFAH di muka bumi Allah ini? tidakkah engkau sedar wahai saudara seISLAMku..

Duhai Khalifah.. yaa,kita hidup di dunia pinjaman Allah ini adalah untuk menjadi seorang Khalifah.. tahu apa maksudnya? Khalifah adalah pemimpin. PEMIMPIN.. kita ini semua pemimpin.. Pemimpin ke arah jalan kebenaran.. ke syurga Allah. tidakkah engkau sedar? 

Duhai saudara seislamku.. apa masih bisa engkau mengkhianati saudara seislammu? apa engkau bisa melihat kejatuhan saudara seislam kamu? . Kita ini semua hamba Allah. Ingat.. Sedarlah.. ini semua UJIAN dari Allah.. Janganlah engkau berbalah antara satu sama lain..sesungguhnya aku kecewa.

Tahukah wahai saudara seislamku.. apakah perasaan Rasul kita? Rasulullah SAW..  Baginda mesti berduka cita jika kita sering berbalah antara satu sama lain. Tidakkah engkau kasihan? Tidakkah engkau sedar itu wahai saudaraku sekalian?

Duhai Hamba Allah.. tidakkah engkau menyedari yang kita ini diperhatikan oleh musuh kita? Tidakkah engkau sedar lagi? Iblis, Syaitan sudah semestinya berpesta meraikan kejayaan mereka ini. Apakah engkau tidak terfikir? dan. paling penting.. musuh umat Islam sendiri, orang Kafir. Musuh yang mahu kita Jatuh!


Iblis, Syaitan usah diperkatakan... sememangnya mereka telah berjanji dihadapan Allah sendiri yang mereka akan menggoda, menghasut kita sampai ke NERAKA JAHANAM. Apa masih tidak engkau sedar? 


Ingat.. Ingat.. Ingat.. kita ini cuma hidup sekali.. YES! SEKALI... Allah tidak rugi apa-apa pun mencipta kita, sebaliknya kita yang akan rugi. RUGI , RUGI..wahai saudara seislamku.. Fikirlah.. renungkanlah.. bukan setakat fikir di mata,tapi di sudut hati... yes. HATI.. 

Ya Allah.. aku tidak mampu menggongcang dunia, tetapi aku hanya mampu berdoa padaMu,agar engkau bukakan hati saudara seislamku untuk BERSATU. Bersatu ke arah Islam yang jitu. 

Sesungguhnya,aku rindu Rasulullah SAW.. Sesungguhnya aku mahu sesuatu berlaku sama seperti tampuk pemerintahan Khulafa' Ar Rashidin . Sesungguhnya aku rindu kepada pucuk pimpinan mereka.. terutamanya pemerintahan Rasulullah SAW. Adil, Bijaksana,Amanah dan Tawadduk. 

Last,but not least ... aku di sini bukan memprotes,bukan memerli,bukan mengkeji tapi aku sayang, aku sayang saudara seislamku.. Aku sayang pada Islam, aku sayang pada Rasulullah SAW. Mudah-mudahan kita semua bersatu hati..Sesungguhnya kita tidak tahu apa yang direncana oleh musuh kita, Jangan kita hanya sibuk menjatuhkan kita sesama sendiri, walhal.. musuh kita sedang merencana sesuatu untuk kita.. Ingatlah.. 


Sayang pada agama Allah. Marilah kita bersama-sama menegakkan Agama Islam. Akhir kata, aku manusia lemah, manusia yang tidak sempurna. Maafkan aku andai terkhilaf. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan sebaliknya datang dari diriku sendiri. Aku masih belajar untuk menjadi seorang muslimah yang baik. Doakanku. :) 



Sekian coretan hatiku.



p/s: Jika kita mahu menjadi pemimpin,pimpinlah diri kita dahulu :)

Friday, 15 February 2013

15/02/2013

Bismillahirrahmanirrahim..  :)   (baru lepas menangis)


Hai semuaa :D .. eh kenapa?? nak tau ke kenape aku menangis?? hee *perasan
okaylaa.. lama jugak aku tak update blog ni kan.. aisshh semak dah hee
So.. here i am !

Actually, aku baru lepas tgok result.. sedikit kecewa la..sebab tak dapat penuhi 'permintaan' ayahku yang tercinta.. huk3.. btw ! hidup ini perlu diteruskan kan kan?
aku sebenarnya tak kisah pasal pointer tau.. cuma aku ralat sebab tak dapat nak bagi HADIAH dekat ayah.. huu.. anak mana tak sedih kalau tak dapat penuhi permintaan ayah rite? dan.. ayah mana yang tak nak anak dia berjaya ? tak ada kan?

tapi.. aku salute dengan ayah...walaupun tak dapat penuhi apa yang dihajati.. tapi ayah tetap support aku.. huuu... tu yang buat aku nangis terharu.. aku harap sangat sem depan..sem praktikal aku dapat lulus dan A++ untuk praktikal training ku..

ye, aku mengaku.. aku sedikit Berputus asa dah.. aku rasa hidup aku ni.. ntah laa.. macam xnak hidup dah . Nauzubillah! .. Jangan2... Hidup ini hanya wayang semata2.. so aku menaip ini adalah untuk.. memberikan sdikit motivasi dan keyakinan kepada diriku..dan mana tau.. boleh pulak jadi teladan kat sesiapa yang sedang membaca blogku yang tak seberapa ni.. :)

nak cter sikit pasal result.. so far..ALHAMDULILLAH.. walaupun tak capai target.. tapi tetap bersyukur semua LULUS :D, so boleh la pergi praktikal.. ye aku mengaku, aku ni tak berapa nak pandai, tak berapa nak rajin, n so bla bla

okay stop pasal result ! hee
Izinkan aku cerita serba sedikit apa yang berlaku dalam hidupku dalam beberapa tahun ni ... jeng3...


Mesti korang pernah dengar ayat ni kan? "Ujian tanda Allah sayang" dan.. ''Allah akan menguji hambanya setimpal dengan apa yang mereka mampu" haa.. so.. di sini.. aku nak kongsila sedikit sebanyak perjalanan hidupku yang tak seberapa ni..


dulu masa sem 4 aku pernah kehilangan sebuah beg kecil yang dalamnya ada kunci kolej, Kad matrik n bla bla.. huuu..and aku dah cerita pun dalam blog ...cer scroll kat bawah ea hihi .yang tu da settle !

Sem lepas, iaitu semasaku berada di sem 5.. senior kan ;P?
okay.. aku telah kehilangan semua duit pinjaman Yayasan Negeri Sembilan untuk sem itu. Punyalah aku kira-kira tolak-tolak, bajet-bajet.. okay settle! . Boleh hidup untuk sem 5 ni.. aku kan pandai dalam bab2 bajet membajet ni.. alaa biasa laa.. da sem 5 kott.. Selama aku belajar, duit pinjaman aku hanya RM2500 sahaja untuk satu sem tau, tak masuk yuran lagi tu.. haa.. Nak dijadikan cerita.. sem 5, after raya aidil Adha.. masa tu nak balik kolej tau, aku pergilah ATM machine dekat Bahau sebelum nak pergi Seremban, niat nak keluarkan duit la kan.. then sampai depan mesin, aku keluarkanlah purse , then macam biasa aku akan dok tercari2 dulu mana kad aku .. dah la purse aku tu tebal ! oh cop3.. tebal bukan sebarang tebal tapi tebal kad je jah oiii.. "eh mana pulak ni, siyes takde ni" okay2.. tenang2.. cool2.. cari lagi... tapi cari punya cari.. tak ada jugak.. so aku keluar then terus masuk dalam kereta, time tu ayah hantar so berhenti kejap nak keluarkan duit.. Buntu jugak aku time tu, aku salah letak ke ape.. kebiasaannya lepas aku keluarkan duit, kad mestilah aku masukkan dalam purse balik.. dah 4,5 sem da oii.. so mana pulak hilangnya..okay fine.. aku tak tau mana letaknya.. ayah dah memberikan "kata2"nya..huu >< diam je la.. hehehe

then sampai seremban, aku pergi Bank Islam, buat kad baru.. time tu la aku tahu.. semua duit aku dah tak ada.. First perkataan aku" Allah" .. aku tak tau nak cakap apa dah..okay cool mimie cool mimie.. hati aku tahan untuk nangis. sokay2.. aku kuat orangnya. Aku keluar dari Bank dengan lemah dan longlainya.. time nak lintas, aku tahu kereta banyak..aku main redah je.. aku tak kisah dah.. tapi hayatku panjang kan.. so aku teruskan perjalananku.. Sampai sekarang aku tak tau sape yang amek kad aku, and yang paling aku curious cam mana dia boleh keluarkan dengan kad n tau pasword..Hanya Allah je tau kan?

tapi... tapi.... haa.. yang BESTnye.. even aku tak da duit pun.. rezeki tu tetapp ada :) ALHAMDULILLAH.. jujur aku cakap, aku tak pernah tak makan, aku tak pernah lapar.. dan aku ingat lagi kata2 sahabatku ., rezeki Allah bagi bukan dalam bentuk wang ringgit je.. tapi dalam semua segi, dari segi persahabatan, kesihatan, hubungan dengan Allah pun sama.. dan banyak lagi.. lagi, AYAH... jasa ayah sangat tak terkira bagiku. Ujian ini, menyedarkan aku tiada orang yang boleh ku bergantung.selain ayah.. dan Allah adalah sebaik2 Tuhan untukku bergantung dan mengadu.. ayah adalah insan yang Allah kurniakah kepadaku.. Thanks Allah.

then, aku di uji lagi.. bil U mobile datang ke rumah.. family aku pun terkejut.. Aku tak pernah langgan U mobile, tiba2 datang bil suruh bayar yang da beratus2 harganya. yang ni still tak settle lagi.. ayah dah pergi repot polis., yang aku hairannya.. dengan U Mobile macam mana prosedur diorang ye? . nama yang tertera dalam bil aku tu salah eja tau, alamat betol pulak..aishh.



next, sem 5 jugak.. aku dikenakan tindakan tatatertib.. sepanjang aku belajar tak pernah sekali aku langgar peraturan.. tapi disebabkan seorang kawan..okay fine.. kalau aku cerita pun, aku tetap dipersalahkan.. aku balik lewat . itu sebabnya. ceritanya, panjang malas aku nak cerita. kalau cerita pot pet pot pet pun benda da berlaku.. so aku hanya mampu tersenyum dan hidup perlu diteruskan. btw.. apa yang aku dapat la kan.. Tak kiralah berjuta kali pun orang berbudi, buat baik, n so on kalau SEKALI buat jahat.. siyess.. sampai mati pun orang akan pandang kita dengan pandangan yang kita ni memang jahat. so aku da merasakan perkara itu..walaupun aku rasa aku tak bersalah dan jadi mangsa keadaan. Aku tekankan kat sini ye, INI DUNIA, yes DUNIA. Aku malu sangat nak berdepan dengan pihak atasan.. tapi.. aku kena kuat dan aku fikir, Biar buruk di mata manusia tapi jangan buruk di mata Allah.. aku tahu aku tak bersalah, juz mangsa keadaan. Btw, moral of this story... Jangan MUDAH percayakan orang.


then, surat dari peguam sampai ke rumah aku. Oh mannn ! .. dari sebuah agensi wakil kepada UniFI.. tau tak Unifi tu? tahu kann... alaa macam streamix jugak.. haa.. surat datang mengatakan aku tak bayar bil yang tertunggak. tahu tak berapa jumlah dia?? RM2000+++ . pehhhhhh ! mana aku tak terkejut bebb.. aku tak pernah langgan.. tiba2 surat peguam sampai.. mana hati aku tak longlai. takpe2.. aku cool lagi.. so Alhamdulillah,aku dah settle kan hal Unifi tu. and aku nak ucapkan THANK YOUUUU SO muchhh.. kepada kawan2 aku ni,, IZZAH!! thanks beb, tolong aku buat tu buat ni.,and ko yang drive..pergi TM point la.. balai polis n so bla bla. to YAM... terima kasihh beb, tunjuk jalan takde kau,, meraba2 kitorang nak cari jalan hehehe.. and PERUS.. setia and sudi bersamaku hee.


okay aku da ngantok ! hee.
Ini adalah sedikit dari kisah aku tau.. yang aku nak tekankan kat sini, selagi mana kita hidup, selagi itu UJIAN akan ada untuk kita.. takut tu pun satu ujian tau. Alhamdulillah, aku redha semua ini Ya Allah.. Ampunkanku.. bila mana ku tak sempurna .

kepada sesiapa yang terbaca blog aku ni, doakanlah kebahagiaan, kesejahteraanku.. mudah-mudahan impian dan cita-citaku tercapai hendaknya. aku kena kuat :)


ade lagi satu ! nak promote ni.. hee marilah rasa, marilah beli KOPIESATU dan produk Agromas.. mai try satu air KOPIESATU.. sedap tau. kalah starbuck hehehehe, yang menariknya pasal kopie ni.. biji kopi yang digunakan adalah dari biji kopi yang terbaik di dunia iaitu Arabica..so jom minummm :D, ini dari K-shoppe KOPIESATU dekat rafflesia UiTM Kampus Puncak Alam.. datang laaa :D

**********************
apalah, bercampur2 aku punya entri kali ni kan ngee.. apa-apa pun, kita ni juz manusia, ingat kita ni khalifah jugak. apa-apa yang kita buat mestilah dengan niat kerana Allah taala. okay ya teman2 ;P
sooo.. sooo. nak abis da ni.. taktau nak taip ape.. kikiki so selamat la ye :)


p/s: Cinta,Sayang, Suka,Minat adalah benda yang berbeza :)