Sunday, 5 May 2013

06/05/2013

Bismillahirrahmanirrahim . Assalamualaikum wbt :)

Apa khabar semua? harap semuanya diberkati Allah selalu.

*tengah dengar lagu Shoutul Harokah

Serius, saya rindu sahabat2 saya.. terutamanya usrahmate saya yang dulu..Moga Allah memberkati kamu selalu.. Doaku untuk kamu semua agar berjaya dunia dan akhirat. In Syaa Allah. 
hmm. semua tahu kan? apa yang HOT skarang? haa.. PRU.. ohmyyy.

Walaupun saya tak berapa arif tentang politik *memang tak ada ilmu pun
Walaupun saya bukan orang yang penting *memang tak penting pun
Tapi.. saya ada perasaan, saya ada pandangan saya juga..

Duhai Umat Islam.. saya lihat kebelakangan ini, kebanyakkan daripada kamu sering berbalah antara satu sama lain .... Masing-masing semua mahu menjatuhkan sesama sendiri...

Duhai Umat akhir zaman.. tidakkah kamu sedar..kita ini satu Ummah? Kita ini Hamba ? Kita ini KHALIFAH di muka bumi Allah ini? tidakkah engkau sedar wahai saudara seISLAMku..

Duhai Khalifah.. yaa,kita hidup di dunia pinjaman Allah ini adalah untuk menjadi seorang Khalifah.. tahu apa maksudnya? Khalifah adalah pemimpin. PEMIMPIN.. kita ini semua pemimpin.. Pemimpin ke arah jalan kebenaran.. ke syurga Allah. tidakkah engkau sedar? 

Duhai saudara seislamku.. apa masih bisa engkau mengkhianati saudara seislammu? apa engkau bisa melihat kejatuhan saudara seislam kamu? . Kita ini semua hamba Allah. Ingat.. Sedarlah.. ini semua UJIAN dari Allah.. Janganlah engkau berbalah antara satu sama lain..sesungguhnya aku kecewa.

Tahukah wahai saudara seislamku.. apakah perasaan Rasul kita? Rasulullah SAW..  Baginda mesti berduka cita jika kita sering berbalah antara satu sama lain. Tidakkah engkau kasihan? Tidakkah engkau sedar itu wahai saudaraku sekalian?

Duhai Hamba Allah.. tidakkah engkau menyedari yang kita ini diperhatikan oleh musuh kita? Tidakkah engkau sedar lagi? Iblis, Syaitan sudah semestinya berpesta meraikan kejayaan mereka ini. Apakah engkau tidak terfikir? dan. paling penting.. musuh umat Islam sendiri, orang Kafir. Musuh yang mahu kita Jatuh!


Iblis, Syaitan usah diperkatakan... sememangnya mereka telah berjanji dihadapan Allah sendiri yang mereka akan menggoda, menghasut kita sampai ke NERAKA JAHANAM. Apa masih tidak engkau sedar? 


Ingat.. Ingat.. Ingat.. kita ini cuma hidup sekali.. YES! SEKALI... Allah tidak rugi apa-apa pun mencipta kita, sebaliknya kita yang akan rugi. RUGI , RUGI..wahai saudara seislamku.. Fikirlah.. renungkanlah.. bukan setakat fikir di mata,tapi di sudut hati... yes. HATI.. 

Ya Allah.. aku tidak mampu menggongcang dunia, tetapi aku hanya mampu berdoa padaMu,agar engkau bukakan hati saudara seislamku untuk BERSATU. Bersatu ke arah Islam yang jitu. 

Sesungguhnya,aku rindu Rasulullah SAW.. Sesungguhnya aku mahu sesuatu berlaku sama seperti tampuk pemerintahan Khulafa' Ar Rashidin . Sesungguhnya aku rindu kepada pucuk pimpinan mereka.. terutamanya pemerintahan Rasulullah SAW. Adil, Bijaksana,Amanah dan Tawadduk. 

Last,but not least ... aku di sini bukan memprotes,bukan memerli,bukan mengkeji tapi aku sayang, aku sayang saudara seislamku.. Aku sayang pada Islam, aku sayang pada Rasulullah SAW. Mudah-mudahan kita semua bersatu hati..Sesungguhnya kita tidak tahu apa yang direncana oleh musuh kita, Jangan kita hanya sibuk menjatuhkan kita sesama sendiri, walhal.. musuh kita sedang merencana sesuatu untuk kita.. Ingatlah.. 


Sayang pada agama Allah. Marilah kita bersama-sama menegakkan Agama Islam. Akhir kata, aku manusia lemah, manusia yang tidak sempurna. Maafkan aku andai terkhilaf. Sesungguhnya yang baik itu dari Allah, dan sebaliknya datang dari diriku sendiri. Aku masih belajar untuk menjadi seorang muslimah yang baik. Doakanku. :) 



Sekian coretan hatiku.



p/s: Jika kita mahu menjadi pemimpin,pimpinlah diri kita dahulu :)

No comments:

Post a Comment