Friday, 15 February 2013

15/02/2013

Bismillahirrahmanirrahim..  :)   (baru lepas menangis)


Hai semuaa :D .. eh kenapa?? nak tau ke kenape aku menangis?? hee *perasan
okaylaa.. lama jugak aku tak update blog ni kan.. aisshh semak dah hee
So.. here i am !

Actually, aku baru lepas tgok result.. sedikit kecewa la..sebab tak dapat penuhi 'permintaan' ayahku yang tercinta.. huk3.. btw ! hidup ini perlu diteruskan kan kan?
aku sebenarnya tak kisah pasal pointer tau.. cuma aku ralat sebab tak dapat nak bagi HADIAH dekat ayah.. huu.. anak mana tak sedih kalau tak dapat penuhi permintaan ayah rite? dan.. ayah mana yang tak nak anak dia berjaya ? tak ada kan?

tapi.. aku salute dengan ayah...walaupun tak dapat penuhi apa yang dihajati.. tapi ayah tetap support aku.. huuu... tu yang buat aku nangis terharu.. aku harap sangat sem depan..sem praktikal aku dapat lulus dan A++ untuk praktikal training ku..

ye, aku mengaku.. aku sedikit Berputus asa dah.. aku rasa hidup aku ni.. ntah laa.. macam xnak hidup dah . Nauzubillah! .. Jangan2... Hidup ini hanya wayang semata2.. so aku menaip ini adalah untuk.. memberikan sdikit motivasi dan keyakinan kepada diriku..dan mana tau.. boleh pulak jadi teladan kat sesiapa yang sedang membaca blogku yang tak seberapa ni.. :)

nak cter sikit pasal result.. so far..ALHAMDULILLAH.. walaupun tak capai target.. tapi tetap bersyukur semua LULUS :D, so boleh la pergi praktikal.. ye aku mengaku, aku ni tak berapa nak pandai, tak berapa nak rajin, n so bla bla

okay stop pasal result ! hee
Izinkan aku cerita serba sedikit apa yang berlaku dalam hidupku dalam beberapa tahun ni ... jeng3...


Mesti korang pernah dengar ayat ni kan? "Ujian tanda Allah sayang" dan.. ''Allah akan menguji hambanya setimpal dengan apa yang mereka mampu" haa.. so.. di sini.. aku nak kongsila sedikit sebanyak perjalanan hidupku yang tak seberapa ni..


dulu masa sem 4 aku pernah kehilangan sebuah beg kecil yang dalamnya ada kunci kolej, Kad matrik n bla bla.. huuu..and aku dah cerita pun dalam blog ...cer scroll kat bawah ea hihi .yang tu da settle !

Sem lepas, iaitu semasaku berada di sem 5.. senior kan ;P?
okay.. aku telah kehilangan semua duit pinjaman Yayasan Negeri Sembilan untuk sem itu. Punyalah aku kira-kira tolak-tolak, bajet-bajet.. okay settle! . Boleh hidup untuk sem 5 ni.. aku kan pandai dalam bab2 bajet membajet ni.. alaa biasa laa.. da sem 5 kott.. Selama aku belajar, duit pinjaman aku hanya RM2500 sahaja untuk satu sem tau, tak masuk yuran lagi tu.. haa.. Nak dijadikan cerita.. sem 5, after raya aidil Adha.. masa tu nak balik kolej tau, aku pergilah ATM machine dekat Bahau sebelum nak pergi Seremban, niat nak keluarkan duit la kan.. then sampai depan mesin, aku keluarkanlah purse , then macam biasa aku akan dok tercari2 dulu mana kad aku .. dah la purse aku tu tebal ! oh cop3.. tebal bukan sebarang tebal tapi tebal kad je jah oiii.. "eh mana pulak ni, siyes takde ni" okay2.. tenang2.. cool2.. cari lagi... tapi cari punya cari.. tak ada jugak.. so aku keluar then terus masuk dalam kereta, time tu ayah hantar so berhenti kejap nak keluarkan duit.. Buntu jugak aku time tu, aku salah letak ke ape.. kebiasaannya lepas aku keluarkan duit, kad mestilah aku masukkan dalam purse balik.. dah 4,5 sem da oii.. so mana pulak hilangnya..okay fine.. aku tak tau mana letaknya.. ayah dah memberikan "kata2"nya..huu >< diam je la.. hehehe

then sampai seremban, aku pergi Bank Islam, buat kad baru.. time tu la aku tahu.. semua duit aku dah tak ada.. First perkataan aku" Allah" .. aku tak tau nak cakap apa dah..okay cool mimie cool mimie.. hati aku tahan untuk nangis. sokay2.. aku kuat orangnya. Aku keluar dari Bank dengan lemah dan longlainya.. time nak lintas, aku tahu kereta banyak..aku main redah je.. aku tak kisah dah.. tapi hayatku panjang kan.. so aku teruskan perjalananku.. Sampai sekarang aku tak tau sape yang amek kad aku, and yang paling aku curious cam mana dia boleh keluarkan dengan kad n tau pasword..Hanya Allah je tau kan?

tapi... tapi.... haa.. yang BESTnye.. even aku tak da duit pun.. rezeki tu tetapp ada :) ALHAMDULILLAH.. jujur aku cakap, aku tak pernah tak makan, aku tak pernah lapar.. dan aku ingat lagi kata2 sahabatku ., rezeki Allah bagi bukan dalam bentuk wang ringgit je.. tapi dalam semua segi, dari segi persahabatan, kesihatan, hubungan dengan Allah pun sama.. dan banyak lagi.. lagi, AYAH... jasa ayah sangat tak terkira bagiku. Ujian ini, menyedarkan aku tiada orang yang boleh ku bergantung.selain ayah.. dan Allah adalah sebaik2 Tuhan untukku bergantung dan mengadu.. ayah adalah insan yang Allah kurniakah kepadaku.. Thanks Allah.

then, aku di uji lagi.. bil U mobile datang ke rumah.. family aku pun terkejut.. Aku tak pernah langgan U mobile, tiba2 datang bil suruh bayar yang da beratus2 harganya. yang ni still tak settle lagi.. ayah dah pergi repot polis., yang aku hairannya.. dengan U Mobile macam mana prosedur diorang ye? . nama yang tertera dalam bil aku tu salah eja tau, alamat betol pulak..aishh.



next, sem 5 jugak.. aku dikenakan tindakan tatatertib.. sepanjang aku belajar tak pernah sekali aku langgar peraturan.. tapi disebabkan seorang kawan..okay fine.. kalau aku cerita pun, aku tetap dipersalahkan.. aku balik lewat . itu sebabnya. ceritanya, panjang malas aku nak cerita. kalau cerita pot pet pot pet pun benda da berlaku.. so aku hanya mampu tersenyum dan hidup perlu diteruskan. btw.. apa yang aku dapat la kan.. Tak kiralah berjuta kali pun orang berbudi, buat baik, n so on kalau SEKALI buat jahat.. siyess.. sampai mati pun orang akan pandang kita dengan pandangan yang kita ni memang jahat. so aku da merasakan perkara itu..walaupun aku rasa aku tak bersalah dan jadi mangsa keadaan. Aku tekankan kat sini ye, INI DUNIA, yes DUNIA. Aku malu sangat nak berdepan dengan pihak atasan.. tapi.. aku kena kuat dan aku fikir, Biar buruk di mata manusia tapi jangan buruk di mata Allah.. aku tahu aku tak bersalah, juz mangsa keadaan. Btw, moral of this story... Jangan MUDAH percayakan orang.


then, surat dari peguam sampai ke rumah aku. Oh mannn ! .. dari sebuah agensi wakil kepada UniFI.. tau tak Unifi tu? tahu kann... alaa macam streamix jugak.. haa.. surat datang mengatakan aku tak bayar bil yang tertunggak. tahu tak berapa jumlah dia?? RM2000+++ . pehhhhhh ! mana aku tak terkejut bebb.. aku tak pernah langgan.. tiba2 surat peguam sampai.. mana hati aku tak longlai. takpe2.. aku cool lagi.. so Alhamdulillah,aku dah settle kan hal Unifi tu. and aku nak ucapkan THANK YOUUUU SO muchhh.. kepada kawan2 aku ni,, IZZAH!! thanks beb, tolong aku buat tu buat ni.,and ko yang drive..pergi TM point la.. balai polis n so bla bla. to YAM... terima kasihh beb, tunjuk jalan takde kau,, meraba2 kitorang nak cari jalan hehehe.. and PERUS.. setia and sudi bersamaku hee.


okay aku da ngantok ! hee.
Ini adalah sedikit dari kisah aku tau.. yang aku nak tekankan kat sini, selagi mana kita hidup, selagi itu UJIAN akan ada untuk kita.. takut tu pun satu ujian tau. Alhamdulillah, aku redha semua ini Ya Allah.. Ampunkanku.. bila mana ku tak sempurna .

kepada sesiapa yang terbaca blog aku ni, doakanlah kebahagiaan, kesejahteraanku.. mudah-mudahan impian dan cita-citaku tercapai hendaknya. aku kena kuat :)


ade lagi satu ! nak promote ni.. hee marilah rasa, marilah beli KOPIESATU dan produk Agromas.. mai try satu air KOPIESATU.. sedap tau. kalah starbuck hehehehe, yang menariknya pasal kopie ni.. biji kopi yang digunakan adalah dari biji kopi yang terbaik di dunia iaitu Arabica..so jom minummm :D, ini dari K-shoppe KOPIESATU dekat rafflesia UiTM Kampus Puncak Alam.. datang laaa :D

**********************
apalah, bercampur2 aku punya entri kali ni kan ngee.. apa-apa pun, kita ni juz manusia, ingat kita ni khalifah jugak. apa-apa yang kita buat mestilah dengan niat kerana Allah taala. okay ya teman2 ;P
sooo.. sooo. nak abis da ni.. taktau nak taip ape.. kikiki so selamat la ye :)


p/s: Cinta,Sayang, Suka,Minat adalah benda yang berbeza :)