Assalamualaikum^^ ,
Mudah-mudahan Allah berkati kita sekalian.. tanpa rahmat Allah kita tak dapat menikmati apa yang ada dengan kita sekarang.. so ALHAMDULILLAH :). simple kan? hmm Tuhan sayang lebih tau hee
okay2.. mukadimah pulak yee.. hehehe
Hari ni, baru nak mencoret2 di blog hihi.. xde la ari tu dah taip,, tapi errr.. xyakin nak publish. *sebenarnye xde idea hikhik
esshh ape ni ape ni.. ke laut pulak kan
Jom, ari ni aku bawak kalian rasa pengalaman aku . Setiap manusia ada ujian dariNya , amma rite?
yes.. so, kita sendirilah yang akan menghadapinya dan bukan orang lain. Allah bagi ujian tu tanda Allah SAYANG tau.. and if i am not mistaken.. Jage2lah orang2 yang dirinya xada masalah yang menimpanya.. sesungguhnya dia terkeluar dari kasih sayang Allah.. hmm Nauzubillah. Correct me if I am wrong :)
Semalam, aku pergi satu program. Sangat best dan aku harap program tu dapat membuat aku sedar dan istiqamah dalam menjaga urusan aku sesama manusia dan Allah.
meh, aku cter sedikit sebanyak pengalaman aku.
Actually, aku join usrah . Korang tau x apa maksud dia? certain orang mesti ada yang anggap usrah ni macam xbetol je kan.. ade tu, kumpulan ape ni? mesti bincang hal2 yang xberkaitan dengan korang kan?
Sebenarnya, usrah tu adalah perbincangan di mana duduknya lebih dari dua orang berbincang ,berkongsi pendapat, pengalaman bukan takat kehidupan tapi meningati sejarah Nabi2 terdahulu dan bersama2 menjadi terbaik dalam kehidupan. Correct me if I am wrong :) and one more important thing, Nabi kita sendiri memulakan ajaran Islam dengan usrah :) .dimana baginda membuat kumpulan kecil untuk menyebarkan agama Allah ini. :)
Syukur, Alhamdulillah aku sekali lagi mendapat hidayah dari Allah untuk join usrah. honestly, aku ikhlas nak join, sebenarnya dari sem lepas lagi, so naqibah aku adalah saudari yang baru, naqibah lama da praktikal, so gantilah yang baru.. actually naqibah tu adalah ketua kumpulan sebenarnya, yang mengetuai usrah kami ini :)
Betullah apa orang kata, hilang tumbuh patah berganti . now, naqibah aku sangat baik orangnya.. ku panggil Kak Khai. . sejuk je mata memandang..aku rasa tenang je dengan dia dan sahabat2 yang lain. tiap2 minggu pasti aku tunggu time perjumpaan kami. Kami juz jumpa seminggu sekali.
Sebelum ni, masa2 ku di isi dengan mende yang xberfaedah.. honestly aku ngaku, aku facebooker and twitter nye orang. aku xleh hidup kalau x on. tapi, sekarang aku kene manage masa aku dengan sebaiknya. Insyallah. bukak fb untuk berdakwah and tahu info yang berguna. Insyallah .
Sweetkan Allah? Dia tahu aku memerlukan sesuatu yang membawa diriku dekat dengannya. So, dengan usrah inilah aku sedikit sebanyak menambahkan ilmu agamaku . Aku terfikir juga, masa di U ini mane ade subjek agama? xde kan? tapi.. yang penting diri kita yang pandai mencari peluang untuk belajar ilmu agama. amma rite? Macam aku, aku join usrah .untuk apa? untuk kebaikkan aku sendiri, sebab aku tahu aku ni lalai orangnya. sedikit sebanyak usrah ini boleh buat aku sedar bila aku 'sesat'.
wah3.. panjang aku celoteh ye..
okay2.. jumaat hari tu, aku bertolak ke Shah Alam bersama 4 biji kereta sumenye. time tu aku juz kenal orang dalam kete yang aku naik la. hee..
kami sampai di rumah seorang yang baik hati menumpangkan kami.. wahh mase first aku sampai..rumah tu besar and student2 sewa . Terdetik di hatiku, ada lagi insan2 yang menaikkan agama Allah, mereka bersusah payah, berkorban untuk membawa kami datang. semata2 untuk menguatkan ukhwah dan yang paling penting mendekatkan diri lagi dengan Allah.
Program tu banyak mengajar aku. Dari aku xpernah makan dalam dulang, aku da merasainya. Sangat sweet dan seronok rasanye.. korang try lah, xde yang xkenyang tau even makan ramai2..
after solat berjemaah , lepas isyak la. Kitorang disajikan dengan movie. Kungfu panda 1 tuu.. Ada motif kakak2 usrah tu buat, banyak juga input dia.. tapi mase tu.. aku tertdo hehhehee
aku ni , bukan ape . english ni susah sikite hihi , then aku kurang tgok movie hehe.. kadang2 g sunway tgok movie juz teman kawan2 je.. konsert2 pun aku xminat.. aihh hee ^^
Keesokan harinya., kami dibawa ke Taman Botani. aku lupa nama tempat..katanya Bukit Cerakah nama yang dulu hee.. maybe kot..
dekat sana kakak2 usrah buat explorace rupenye.. same macam explorace lain juz contentnya berdasarkan 10 ciri pribadi muslim. hebatkan kakak2 usrah aku ni? hmm actually ade je yang bawah umur aku hehe. *perasan muda kau yee
Banyak input aku dapat, selain dari merapatkan ukhuwah, tujuan utamanya adalah berkenaan diri kita sendiri.. kesedaran dimana Allah tu Maha Berkuasa dan maha segala2nya. Kita sebagai makhluknya perlu tahu dan peka serta beriman dengan Allah.
aku mengaku,banyak lagi benda yang perlu aku tambah baikkan. pertamanya aurat., aku ni kejap2 pakai stokin,kejap2 tak , malas . hm tu laa. Istiqamah tu penting tau. Hope aku diberi kekuatan untuk menutup aurat ku dengan sempurna :)
bukan setakat stokin, tudung pun same.. huk3.. hikmah tudung labuh ni, senang kita nak solat if xde kain telekung and terhindar dari maksiat.then banyak lagi. korang fikir la yee hehe
tambah lagi ! pakai tudung TAK WAJIB !, tapi tutup aurat WAJIB . so.. xkesalahh korang nak pakai ape, tudung saji ke,, baldi ke selimut ke.. hahhaa janji tutup aurat bagi perempuan la yee hihi ^^. (sumber Cik Beah Osem)
eh jap, leh aku cte pasal couple? hee. tapi aku nak sentuh sikit je la. pasal aku je :)
Honestly..true truee.. aku xpernah berCouple nih. memang niat aku xnak terjebak dalam kancah maksiat ni.. sebab aku nak, firsr BF aku adalah HUSBAND aku sendiri :)
doakan aku tau.,tapi Allah tu maha menguji, dimana aku di uji hadirnya seorang lelaki yang aku rasakan itu adalah jodohku.. yes, lelaki kan bermulut manis. nothing to deny hehe
but, kita as a woman, ladies and wanita solehah kena lah jaga maruah kita tau ;)
eh, membebel pulak . kate nak cter pasal aku kan? hehehe
okay2.. aku suka kat dia tau, then kami da berjanji yang kami ni akan bernikah one day t.. dalam hatiku terdetik, mampukah aku? b4 tu, dia pun suka aku tau hehe.. malu la aku bertepuk sebelah je hihi.
tapi aku xdeclare pape pun, juz tahu hati masing2 je.. aceceehh. sweet la gtu? Islamik konon.. fuii hahaahha
lawak je aku nih. malu gak dgn diri aku ni. mengade2 je. kalau ayah tahu.. pehhh haha . jgn gtaw ayah aku tau.. mane la tau kot2 ade yang kenal aku baca blog ni hehehe
Tapi, the points here.. Allah tu Maha Penyayang... Dia sayang aku. Yes, aku tahu tu. nak tahu perhubungan kami takat mana? kejap je. then pas tu mcam xde pape?o.O'' ohh mann. xcaye kan? aku pun xcaye.
siyesly.. kami ni jarang jumpa tau.. rapat pun dalam mesej je. tu pun jarang mesej. sebab dia Bz . ceh bz la sangat. hee:P
mulanya, aku merasakan .. betol kot cara aku ni.. tapi sebenarnya.. dalam sedar xsedar... INI SEMUA MEMBAWA aku ke LEMBAH MAKSIAT. amma rite?? so.. bagi wanita2 diluar sana.. BERSYUKUR anda tergolong dalam wanita yang SINGLE. Single bagi aku bukan akan sunyi, bukan xlaku, bukan xcantik, bukan xlawa.. TAPI.. Allah sedang menjaga kita :) trust me.
and bagi gadis2 yang bercouple, hmm3.. pilih lah Allah or BF anda ;) peacee yaaw ^^
eh jap,macam xabis cter aku kan? hehe.. Allah telah membolak balikkan hati kami.. aku pun taktau macam mana aku ngan dia xcontact lagi.. padehal kalau jumpa ok je. hmm bagi aku ini adalah takdir aku, supaya aku xterjebak dalam kancah maksiat. Aku hanya mampu berdoa agar terlindung dari maksiat,dan jika dia adalah jodohku.. Allah akan mempertemukan ku dengan dia one day t. :)
tipulah, kalau aku tak rindu kan? opkos laa.. kita manusia dikurniakan berperasaan kan?.. tapi aku cuba untuk melupakan.. kadang2 aku menangis sorang2..kadang2 aku menyesal kalau aku yang salah dengan dia. tapi.. ini semua Allah dah tentukan.. aku redha. kalau teringat..aku akan baca Al Fatihah untukya.. tu je yang mampu aku lakukan.
amboi2.. sedeh nyee hihi ^^ tak laa papepun hidup mesti diteruskan ! oyeaa ! Senyum dan senyum dan terus tersenyum :)
aku pernah terdetik di hati yang aku nak jadi pendakwah satu hari nanti :) . Semua yang berlaku ini, adalah platform untuk aku kuat,tabah serta yakin dengan diri sendiri . Insyallah.
soo.. mengantuk ke? korang2 ni? hehehe. lain hari kalau ada umur yang panjang aku mencoret lagi yee.
one more, BERSANGKA BAIK dengan manusia itu xsalah apetah lagi BERSANGKA BAIK dengan Allah :)
aku akan sentiasa bersangka baik and tolong kawan2ku mana yang aku mampu . Ingat, jika kita tolong orang / saudara2 kita dalam kesusahan , Allah akan bantu kita juge :)
banyak gak aku membebel ni hehe.. bukan bebel tau.. nasihat. nasihat tu tandanya sayang ^^
akhir kata.. betulkan saya,jika saya salah :)
p/s: Tuhan sayang kita, ingat tu selalu, so kita kenalah sayang Allah juga ^^
*if awak bace blog ni one day .. cowwyy for everything tau,saye malu dgn awk . doaku semoga kita dilimpah rahmat Allah .aminn :)
No comments:
Post a Comment